Ana ni bukannya tak sokong pemansuhan PPSMI. Tapi rasanya tak perlulah dimansuhkan PPSMI nih. Ini baik untuk diri kita sebenarnya.
Ramai orang berkata, 'Jepun, Korea dan Jerman mampu maju walaupun menggunakan bahasa mereka sendiri'
Tapi mereka lupa lagi jahil, bahawa Malaysia ini dihuni oleh rakyat yang malas dan suka disuap ke mulut tanpa menggunakan tenaga sendiri. Cuba kita renungkan, rakyat Jepun malas x.??Jawapan yang pasti ialah diorang x malas dan sangat rajin.
Kita cuba membandingkan pula negara kita Malaysia dengan Korea. Adakah kita tidur atau buta bahawa Korea itu mempunyai pelbagai teknologi yang canggih buatan sendiri. Adakah kita punya semua itu. Fikir balik sedalam-dalamnya!
Kita cuba membezakan pula kita dengan Jerman. Adakah kita ni jelik bahawa Jerman dihuni oleh pelabagai bangsa. Dan rakyat pribumi mereka sedar bahawa jika mereka ingin maju, mereka terpaksa bersaing.
Tetapi, kita Melayu Malaysia yang dihuni oleh segelintir bangsa Cina, dan secebis cuma orang India pun boleh kalah dengan mereka. Tidakkah kita malu dengan mereka.
Saya beri contoh kecekalan orang Cina(tetapi tidak mengangumi mereka). Mereka tidak mahu identiti mereka hilang, mereka praktikkan Bahasa Hokien atau Teochew atau Hakka disamping belajar Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. Mereka turut belajar Bahasa Melayu kerana mereka sedar akan kepentingan Bahasa Melayu itu sendiri di bumi Malaysia ini. Dan mereka juga fasih bertutur bahasa Inggeris!
Bayangkan kanak2 sekecil 8 tahun mampu menguasai 4 bahasa! Malahan fasih!Apakah formula mereka. Formula mereka hanya satu. Jangan merungut! Orang Melayu, hal kena cubit dengan guru pun pergi report polis. Ini sekaligus menunjukkan kelemahan mentaliti kita!
Ayuh sedar wahai pemuda pemudi harapan bangsa. Kuasai bahasa Inggeris agar boleh menguasai dunia. Kuasai juga Bahasa Arab agar Islam sentiasa di mercu. Ayuh sedar, ayuh bangun, ayuh bergerak, ayuh kuasai dunia.
Kekuatan orang Melayu hanya pada Islamnya. Tercalar iman, tercalarlah juga ke'Melayu'annya. Jangan dibiarkan layu. Kembalikan keagungan bangsa Melayu!
Friday, March 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment