Sunday, November 4, 2007
Me and Myself
Hari ini hari Ahad dan bukan hari minggu macam orang Perlis,Johor dan Pulau Pinang. Selepas seminggu aku menghadapi peperiksaan akhir tahun, maka sampailah aku untuk menerima resultnya. Hari pertama saja aku dah dapat 'D'. Arghh aper dah jadi nih. Aku rasa aku lalai pasal ada internet kat umah nih. Tahun lepas aku hanya ada 'A' dan 'B'. Aku terlalu lalai hinggakan 'BODMAS' pun aku lupa. BODMAS tuh sama la dengan 'KUDABACATOL' (math).Aku tahun lepas dapat no. 1 tapi tahun ini aku rasa mungkin tipis. Hari ini saja aku dah dapat A(P. Islam) ,B (B. Melayu) dan D(Math). Aku harap sangat pencabar terdekat aku tuh ada D sama ngan aku. Tapi dia belajar secara study hard. Aku lak study smart dengan mengingatkan akrostik dan akronim. Tapi peperiksaan menduga akal sungguh, aku lupa segalanya. Aku dah benazar jika aku dapat no. 1 , aku puasa 2 hari. Matapelajaran terbaik dan A, puasa 1 hari. Sesiapa yang baca nih, tolong doakan aku. Maybe korang doakan aku hari ini, esok mungkin aku doakan korang pulak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment