Monday, December 31, 2007
Friday, December 7, 2007
Sajer Nak Tulis
B4 tu nak cakap yang aku dah lama tak buka blog aku nih. Sebna takde aper nak cakap. Cuti ni kak aku SPM, jadi kitorang tak leh gi mana-mana. Pas2 ader orang tanya kak aku lak(merisik). Dia kata 23 Dis, tapi kak aku kata dia nak bulan Feb gak. Dia kata dia tak minta banyak hantaran dia, cuma 9 999.99 . Bagi aku nak dapat 10 ringgit pun susah. Kitorang nak buat "Hari Keluarga" 25 Feb ni kat Bendang Man.
Wasalam
Wasalam
Sunday, November 18, 2007
Bersuka Ria
Hari ini kuarga kitorang dengan Pak Su sekeluarga gi survey untuk buat hari keluarga. Banyak tahun buat kat MADA kali ni kitorang cari kat KEDA lak. Kitorang gi Bendang Man. Pak Su aku macam x best pasal dia nak gi kat Lata Mengkuang. Pas2 lagi kitorang lambat pasal keter gi servis. Lambat btul servis. Aku cuma nak kata best arr Bendang Man tuh.
Wasalam......
Wasalam......
Monday, November 12, 2007
Best Giler
Kelmarin aku malas nak gi sekolah. Hari ini aku dapat keputusan peperiksaan akhir tahun aku. Aku dapat no. 1 beb. Best giler. Nanti aku kena tunaikan puasa nazar aku ler. Yang itu aku tak kisah sangat. Hari ini ada 3 jer laki dalam kelas.2 kawan baik aku gi Pantai Merdeka .Aku kena hantar buku teks 'Seuntai Kata Untuk Dirasa'.Aku tak buku teks tingkatan 3 pasal buku ni lar. Aku dikira berhutang dengan sekolah. Aku dapat sume buku baru. Best giler. Bau kedai lagi. Aku punya lar cari kat Popular Book Store ngan Pustaka Union tapi takder buku nih. Aku ingat nak gi Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka. Last 2, aku gi Rhythm, berlambak ada. Cikgu aku dah abis buku teks sekolah menengah. Aku tolong cikgu SPBT kemas bilik operasi. Macam nak patah tulang.
Bye..........
Bye..........
Thursday, November 8, 2007
Hari Ini Bosan Giler !!!
Hari sngt boring coz arini cuti deepavali. Hari ini pelajar SPM ayah aku datang umah. Penat giler. Diorang cakap nak datang raya. Banyak ler, arini ari Deepavali lar. Pas2 kawan kak aku dtg. X de aper nak cakap.
Wasalam.
Wasalam.
Wednesday, November 7, 2007
Aku Hari Ini
Hari ini aku dapat markah utk Science. Diorang kata aku paling tinggi. Aku punyalah syok. Last2 kali aku tengok result aku , aku dapat 'C'. 52 jer. Cikgu tuh punyalah pandai, dia amik soklan PMR. Dia sebenarnya malas nak buat soklan baru. Dia kata SBP ngan MRSM ok jer. Sedarlah cikgu yang kitorang gi sekolah harian pasal kitorang 'tak' berapa pandai.Klu tidak kitorang gi sekolah premier daerah kitorang ler . Tapi ada yang pandai. Sebab diorang rasa malu pasal kalah dengan orang yang macam tak berapa pandai. Sebenarnya aku lah tu. Aku membesar dalam sekolah rendah elit dan dalam bandar. Tetiba aku masuk sekolah kampung dan bergred 'B'. Pelik rasanya aku
Tuesday, November 6, 2007
Best Nyer
Hari ini aku dapat result utk English lak. Best nyer aku sbb aku sorang je dapat 'A' utk English bagi seluruh tingkatan 2. Dan aku dah kira semua result mata pelajaran yang kami dapat dan kami ada beza 20 jer. Tolong aku lar. Aku baru buat skype. Nanti leh chat
Monday, November 5, 2007
Arggh Aper Dah Jadi Nih!!!!!!!!!!!
Hari ini aku dapat kertas jawapan Sejarah. Aper aku dapat 60 jer. Camne nih, subjek kegemaran aku pun aku dapat 60 jer. Aku tengok balik kertas soklan dan buku teks dan aku mengakui aku agak lalai dan sangat cuai. Pas2 aku bengang tul lar dengan cikgu Geografi aku tuh yang suka sangat panggil orang bodoh dan dia kata sia-sia ajar kami. Memang tiada sapa pun yang dapat 'A' dan yang paling tinggi pun 64 jer. Dia tuh yang 'bengap' sangat pasal nak ajar kitorang macam yang dia pernah ajar kat MRSM,SBP dan SMKA .Hari ini aku dapat 2B. Aku geram tul lar pasal pencabar terdekat aku tuh xde sebarang 'D'. Dia ikut aku rapat dan kadang2 potong aku jauh2. Nih yang nak nangis nih. Harap2 bila Science dia dapat 'D'. Aku lak dapat 'A'. Dia ada berapa A ntah dan aku lak ada 1 A saja malahan ada D lak tuh.
Sunday, November 4, 2007
Me and Myself
Hari ini hari Ahad dan bukan hari minggu macam orang Perlis,Johor dan Pulau Pinang. Selepas seminggu aku menghadapi peperiksaan akhir tahun, maka sampailah aku untuk menerima resultnya. Hari pertama saja aku dah dapat 'D'. Arghh aper dah jadi nih. Aku rasa aku lalai pasal ada internet kat umah nih. Tahun lepas aku hanya ada 'A' dan 'B'. Aku terlalu lalai hinggakan 'BODMAS' pun aku lupa. BODMAS tuh sama la dengan 'KUDABACATOL' (math).Aku tahun lepas dapat no. 1 tapi tahun ini aku rasa mungkin tipis. Hari ini saja aku dah dapat A(P. Islam) ,B (B. Melayu) dan D(Math). Aku harap sangat pencabar terdekat aku tuh ada D sama ngan aku. Tapi dia belajar secara study hard. Aku lak study smart dengan mengingatkan akrostik dan akronim. Tapi peperiksaan menduga akal sungguh, aku lupa segalanya. Aku dah benazar jika aku dapat no. 1 , aku puasa 2 hari. Matapelajaran terbaik dan A, puasa 1 hari. Sesiapa yang baca nih, tolong doakan aku. Maybe korang doakan aku hari ini, esok mungkin aku doakan korang pulak.
Saturday, November 3, 2007
Hari Pertama
Hari ini 3 November 2007, merupakan hari pertama aku guna perkhidmatan blog ini. Aku sebenarnya tidak tahu apa itu blog sebenarnya. Aku sebelum ini hanya menulis dalam wikipedia jer. Aku ada website macam friendster ngan myspace. Aku tak pasti blog ni kena bayar ataupun tidak. Dia tak kata kena letak no. kad kredit pun. Tapi benakku berfikir mungkin pembayaran dilakukan dengan bil. telefon. Aku sekarang ada 3 e-mel iaitu msn,google dan yahoo. Tapi aku lebih berminat kepada yahoo kerana ia lebih mudah.
Wasalam.
Wasalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)